Melalui Koperasi Muafakat Sahabat 893, kita buktikan bahawa ukhuwah tidak terhad kepada pertemuan sosial, tetapi juga kebajikan global untuk ummah.
Akses Pedalaman: Tanzania mempunyai populasi Muslim yang besar tetapi ramai berada di pedalaman yang sukar mendapat akses bantuan.
Harga Kompetitif: Membolehkan lebih ramai pihak menyertai ibadah ini dengan harga yang lebih mampu milik.
Sejak 2018: Pengalaman luas dalam menguruskan pelaksanaan korban luar negara.
Tanpa Orang Tengah: Kerjasama terus dengan wakil tempatan bagi memastikan manfaat maksimum kepada asnaf.
Petugas Lapangan KOMS893: Pasukan petugas dari KOMS893 sendiri memantau secara langsung di lapangan bagi memastikan amanah sampai ke tangan yang berhak.
Audit Patuh Syariah: Setiap proses sembelihan dan agihan dipantau bagi memastikan ia memenuhi standard hukum syarak yang ditetapkan.
| Kriteria Syarie | Haiwan cukup umur (Min 2 Tahun) & Sihat |
| Berat Bersih | Anggaran 65kg - 75kg. Berat Hidup minima 150kg mengikut Baka tempatan |
| Bukti Amanah | Laporan Bergambar & Video & Sijil Digital |
Kami menjalin kerjasama erat dengan NGO tempatan Tanzania yang berdaftar bagi memastikan kelancaran logistik dan ketepatan pengagihan kepada asnaf.
Sistem pendaftaran dan pelaksanaan yang telus untuk ketenangan minda anda.
Mudahnya sertai melalui portal online KOMS 893.
Memenuhi kriteria syarie (umur, kesihatan).
Dilaksanakan pada hari-hari tasyrik (10-13 Zulhijjah).
Terus kepada fakir miskin & asnaf di pedalaman Tanzania.
"Daging korban bukan sekadar makanan, ia adalah simbol kepedulian saudara seagama dari Malaysia buat mereka di Tanzania."
— Kesan Terhadap Penerima
Sila isi maklumat di bawah untuk pendaftaran Bahagian Korban.
"Jadikan korban tahun ini lebih bermakna dengan menyantuni mereka yang memerlukan. Semoga ibadah ini menjadi saksi ukhuwah kita sebagai Sahabat 893 di akhirat kelak."
Jawatankuasa Korban
Koperasi Muafakat Sahabat 893 Berhad