Amanah Ibadah Korban 1447H

Sampaikan Manfaat
Korban ke Tanzania

Melalui Koperasi Muafakat Sahabat 893, kita buktikan bahawa ukhuwah tidak terhad kepada pertemuan sosial, tetapi juga kebajikan global untuk ummah.

Antara 10-13 Zulhijjah
Korban Tanzania

Kenapa Kami Lakukan?

  • Akses Pedalaman: Tanzania mempunyai populasi Muslim yang besar tetapi ramai berada di pedalaman yang sukar mendapat akses bantuan.

  • Harga Kompetitif: Membolehkan lebih ramai pihak menyertai ibadah ini dengan harga yang lebih mampu milik.

Amanah & Keyakinan

  • Sejak 2018: Pengalaman luas dalam menguruskan pelaksanaan korban luar negara.

  • Tanpa Orang Tengah: Kerjasama terus dengan wakil tempatan bagi memastikan manfaat maksimum kepada asnaf.

  • Petugas Lapangan KOMS893: Pasukan petugas dari KOMS893 sendiri memantau secara langsung di lapangan bagi memastikan amanah sampai ke tangan yang berhak.

  • Audit Patuh Syariah: Setiap proses sembelihan dan agihan dipantau bagi memastikan ia memenuhi standard hukum syarak yang ditetapkan.

Spesifikasi Ibadah

Kriteria SyarieHaiwan cukup umur (Min 2 Tahun) & Sihat
Berat BersihAnggaran 65kg - 75kg. Berat Hidup minima 150kg mengikut Baka tempatan
Bukti AmanahLaporan Bergambar & Video & Sijil Digital

Kerjasama Strategik

Kami menjalin kerjasama erat dengan NGO tempatan Tanzania yang berdaftar bagi memastikan kelancaran logistik dan ketepatan pengagihan kepada asnaf.

Bagaimana Ia Dilakukan?

Sistem pendaftaran dan pelaksanaan yang telus untuk ketenangan minda anda.

1

Daftar & Bayar

Mudahnya sertai melalui portal online KOMS 893.

2

Pemilihan Haiwan

Memenuhi kriteria syarie (umur, kesihatan).

3

Sembelihan

Dilaksanakan pada hari-hari tasyrik (10-13 Zulhijjah).

4

Agihan

Terus kepada fakir miskin & asnaf di pedalaman Tanzania.

Simbol Kepedulian
Saudara Seagama

"Daging korban bukan sekadar makanan, ia adalah simbol kepedulian saudara seagama dari Malaysia buat mereka di Tanzania."

— Kesan Terhadap Penerima

.

Borang Pendaftaran

Sila isi maklumat di bawah untuk pendaftaran Bahagian Korban.

Baki Lembu: 0 Bahagian
Pilihan Korban
Total: RM 0.00
Maklumat Pembayar
Format Malaysia auto-60

Bai’ As-Salam Ini adalah kontrak syariah yang digunapakai untuk semua pakej yang ditawarkan oleh KOMS 893 kepada pelanggan.

Bai’ As-Salam bermaksud kontrak jual beli secara bertangguh, di mana pembayaran dibuat terlebih dahulu oleh pelanggan sebelum penyerahan produk dilakukan pada masa hadapan mengikut tempoh yang dipersetujui dalam kontrak tersebut.

APAKAH LAFAZ AKAD BAI' AS-SALAM?
IJAB: "Saya, __________, bersetuju untuk membeli 1 bahagian korban secara Bai’ As-Salam dan menyerahkan pelaksanaannya kepada urusetia program KOMS 893 pada tahun ini kerana Allah Ta’ala".
QABUL: "Saya menjual 1 bahagian korban secara Bai’ As-Salam kepada pihak tuan/puan dan menguruskan pelaksanaannya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala".
893

Jadikan Korban Tahun Ini Lebih Bermakna

"Jadikan korban tahun ini lebih bermakna dengan menyantuni mereka yang memerlukan. Semoga ibadah ini menjadi saksi ukhuwah kita sebagai Sahabat 893 di akhirat kelak."

Jawatankuasa Korban

Koperasi Muafakat Sahabat 893 Berhad